top of page

Mesyuarat MPP bincang agenda Madani, PRK, lantik Pengerusi MPN baharu



Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang diadakan hari ini di Ibu Pejabat KEADILAN telah membincangkan pelbagai perkara yang berbangkit berhubung pendirian parti dan perkembangan politik semasa negara.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, antara agenda yang dibincang temasuklah perkembangan serangan Israel di Gaza dan Perutusan Negara yang disampaikan Perdana Menteri baru baru ini serta dasar-dasar Kerajaan.


"Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan isu kemanusiaan dan peperangan di Gaza, serta ketegasan pendirian YAB Perdana Menteri serta parti untuk usaha perdamaian (Palestin - Israel), yang kini diberi perhatian penuh oleh masyarakat antarabangsa.


"Presiden turut memberi penerangan mengenai isu-isu semasa termasuk berhubung Perutusan Negara serta dasar-dasar Kerajaan, selain menyeru agar anggota serta penyokong KEADILAN menggembleng tenaga dan idea untuk terus memacu agenda Kerajaan Madani," kata Fahmi dalam kenyataan petang ini.


MPP juga, kata beliau, telah membincangkan berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap yang bakal ditandingi KEADILAN berdasarkan fomula calon Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos 2023.


"MPP juga telah membincangkan tahap kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRK DUN Sungai Bakap tidak lama lagi," katanya.


Selain itu, jelas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, mesyuarat MPP turut bersetuju melantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang baharu sesuai dengan situasi selepas PRN.


Kedudukan 10 negeri telah dibincangkan, sama ada dikekalkan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi atau ditukar dengan muka baharu.


MPN memutuskan penyusunan semula seperti berikut:


Sarawak


Pengerusi: Roland Engan (Ketua Cabang Baram) - kekal

Timbalan Pengerusi: Ahmad Nazib Johari (Ketua Cabang Santubong)


Sabah


Pengerusi: YB Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Ketua Cabang Kota Belud, Ahli Parlimen

Sepanggar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)

Timbalan Pengerusi: YB Peto Galim (Ketua Cabang Sepanggar, ADUN Inanam)


Pahang


Pengerusi: YB Fuziah Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,

anggota Cabang Kuantan)

Timbalan Pengerusi: Rizal Jamin (Ketua Cabang Lipis)


Johor


Pengerusi: YB Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Cabang dan Ahli Parlimen Ledang)

Timbalan Pengerusi: Md Ysahrudin Kusni (Ketua Cabang Bakri)


Terengganu


Pengerusi: Ahmad Nazri Mohd Yusof (Ketua Cabang Kemaman)

Timbalan Pengerusi: Dato Dr. Mohasdjone @ Mohd Johari Mohd (Anggota Cabang Besut)


Kelantan


Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor (Ketua Cabang Tanah Merah)

Timbalan Pengerusi: Dr. Shamsudin Ghani (Ketua Cabang Pasir Puteh)


Wilayah Persekutuan


Pengerusi: Azman Abidin (Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Setiausaha Politik Perdana Menteri)

Timb Pengerusi: Jayakumar A/L R Muniandy (Ketua Cabang Kepong)


Selangor


Pengerusi: Datuk Seri Amirudin Shari (Ketua Cabang Gombak, Menteri Besar Selangor) - kekal

Timbalan Pengerusi: YB Borhan Aman Shah (Ketua Cabang Sepang, Exco Perumahan dan

Kebudayaan) - kekal


Negeri Sembilan


Pengerusi: Datuk Seri Utama Aminudin Harun (Ketua Cabang Port Dickson, Menteri Besar

Negeri Sembilan) - kekal

Timbalan Pengerusi: Muhammad Nazri Kassim (Ketua Cabang Seremban) - kekal


MPN juga, kata Fahmi, mengumumkan pelantikan Ahli-Ahli MPP; Datuk Dr Sangkar Rasam, Azan Ismail dan Datuk Dr Roslan Hussin.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page