Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah yang melaksanakan siri jelajah cabang dan melabuhkan tirai di Cabang Kudat, di mana Ketua Cabang Kudat, Stafly Sait menjadi tuan rumah setuju untuk memperkuat gerakan KEADILAN di Sabah.
Dalam satu kenyataan MPN Sabah berkata, kejayaan mengadakan siri mesyuarat jelajah cabang itu merupakan bukti pembinaan kekuatan dan kemantapan parti.
"Terima kasih kepada Pengerusi MPN Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam yang memimpin KEADILAN atas daya usaha dan idea untuk merencana dan merancang aktiviti turun ke cabang cabang.
"Datuk Pengerusi memberi pesanan dan nasihat agar kita sama sama memperkuatkan parti keramat KEADILAN ini mendepani Pilihan Raya Negeri yang akan datang," kata kenyataan tersebut.
Untuk rekod, Pilihan Raya Negeri Sabah dijangka akan diadakan seawalnya pada 2024 atau 2025 dan persediaan untuknya perlu dimulakan bagi menambah kekuatan dan kemenangan KEADILAN selaku parti utama dalam Kerajaan Perpaduan.
留言