top of page

Mesyuarat MPN Sabah: Penstrukturan organisasi, tingkat perjuangan isu rakyat



Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah yang baharu dipimpin Datuk Ts Mustapha Sakmud bertekad untuk meningkatkan gerak kerja memperjuangan isu isu rakyat di Sabah.


Hal itu diputuskan dalam mesyuarat MPN semalam yang membincangkan hala tuju KEADILAN negeri.


Menurut kenyataan Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin, mesyuarat tersebut telah membincangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan mesyuarat mengemukakan syor supaya kepimpinan KEADILAN negeri dilibat sama dalam Jawatankuasa MA63.


"KEADILAN Sabah berpandangan Pengerusi KEADILAN Sabah merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud perlu berada dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).


"Selain itu, isu kewarganegaraan bagi anak atau pelajar tanpa dokumen (undocumented) juga turut dibincangkan.


"Untuk ini KEADILAN Sabah menubuhkan jawatankuasa khas berkait isu kewarganegaraan serta melantik Ketua Cabang Putatan, Awang Husaini Sahari sebagai Pengerusi Biro Kewarganegaraan," katanya.


Datuk Mustapha Sakmud (kiri sekali) mempengerusikan mesyuarat

Menurut Razeef lagi, penubuhan biro itu bukan bertujuan melakukan naturalisasi kewarganegaraan sebaliknya membantu Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah dokumen kerakyatan yang membelenggu penduduk sejak sekian lama.


Selain itu KEADILAN Sabah, katanya, telah merancang beberapa program yang akan dijalankan termasuk pelaksanaan Konvensyen KEADILAN Sabah yang dijangka berlangsung pada 4 Ogos 2024. KEADILAN Sabah turut menghantar jentera ke Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap bagi membantu calon Pakatan Harapan.


Manakala dalam usaha memperkukuh organisasi parti, ujar Razeef, KEADILAN Sabah telah melantik tujuh Ahli MPN baharu iaitu, Ahmad Farid Sainuri, Lim Fui Keong, Roger Stimin, Hugo Lean Yung Kwang, Jamir Bajide, Rubiah Onga dan Ramlan Naim.


"KEADILAN Sabah juga telah membuat lantikan untuk beberapa biro bagi memperkukuh serta melancarkan gerak kerja organisasi parti," katanya lagi.


Dalam pada itu, kenyataan sama turut mempertegaskan KEADILAN Sabah mengulangi pendirian menyokong kepimpinan Datuk Christina Liew untuk terus menerajui kepimpinan Pakatan Harapan Sabah selaku pengerusi negeri.


Berikut adalah senarai lantikan biro di bawah MPN Sabah:


Pengarah BIPPA : Abdul Rahman Yakub

Biro Pendidikan : Azmi Datu Tamboyong

Biro Mobilisasi : Raymond Ahuar

Biro Ekonomi : Roslan Sapar

Biro Kewarganegaraan : Awang Husaini Sahari

Biro Kebajikan : Awang Chuchu Amin

Biro Disiplin : Dikin Musah

Biro Latihan : Romansa Lamin

Biro Keanggotaan : Aris Remigius

Biro Keselamatan : Roslee Malek

Biro Pertanian dan Keterjaminan Makanan : Basran Omar

Biro Pelancongan : Stefly Said

Biro Perpaduan : Peter Sumping

Biro Kebudayaan : Barani Ambise

Biro Wilayah Persekutuan : Simsudin Sidek

Biro Pelaburan : Fung Thin Yein

Biro Pembangunan Luar Bandar : Sahrudin A.Harol

Biro Perladangan dan Komoditi : Ham Salleh

Biro Anak Negeri : Joseph Alex Chang

Biro Undang-Undang : Datuk Jelani Hamdan

Timb. Bendahari : Nordin Ening

Timb. Pengarah Komunikasi : Fekirie Gobet

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page