top of page

Menu Rahmah RM5 hidangan lengkap makanan dilancar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 31, 2023
  • 1 min read


Menu Rahmah yang dilancarkan hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharga RM5 untuk satu hidangan makanan lengkap dijangka bakal menguntungkan golongan B40.


Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Menu Rahmah juga mempunyai beberapa pilihan untuk rakyat Malaysia.


"Menu Rahmah ialah makanan siap dan harganya RM 5 dan ke bawah sahaja.


"Sajian Menu Rahmah ini bukan sahaja meliputi nasi dan ayam, tetapi ia juga boleh didapati dalam sajian lain berupa sizzling, rojak dan shawarma.


"Selari dengan komitmen Kerajaan Perpaduan mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin mencabar, diharap Menu Rahmah dapat mengurangkan beban rakyat," katanya.


Hanya RM5, Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh dan Menteri mengangkat 5 jari tanda harga menu rahmah

Beliau berkata demikian selepas perasmian Iniasitif Menu Rahmah di Pasar MYDIN, Subang Jaya hari ini.


Menurut Salahuddin kerjasama KPDN dan persatuan restoran menjangkakan 15,000 ribu premis makanan terlibat dalam inisiatif berkenaan.


"Setakat ini KPDN menganggarkan hampir 15,000 ribu pengusaha makanan terlibat dalam Menu Rahmah di seluruh negara.


"Pihak kami juga menjangkakan lebih banyak lagi restoran turut sama dalam usaha ini," katanya.


Turut hadir dalam perasmian berkenaan ialan Timbalan KPDN YB Senator Hajah Fuziah Salleh dan Pengarah Urusan MYDIN Datuk Ameer Ali Mydin.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page