top of page

Menu Rahmah: Peniaga konsisten mungkin diberi kelebihan



Kerajaan komited meneruskan pelaksanaan program Menu Rahmah supaya memastikan manfaatnya dapat terus dinikmati golongan sasar.


Bagaimanapun menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat pada Selasa, kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa langkah bagi memastikan peniaga dapat terus menawarkan Menu Rahmah termasuk memfokuskan inisiatif itu hanya di lokasi tertentu.

"Kita komited untuk memastikan Menu Rahmah terus ditawarkan secara bersasar, atas sebab itu kita sedang rundingkan tanpa melibatkan bantuan secara langsung dalam konteks subsidi secara langsung kepada peniaga tersebut," katanya dipetik ketika sesi penggulangan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di peringkat dasar.


Tambah Armizan, pihaknya akan membuat pemprofilan di kawasan bersesuaian seperti perumahan kos rendah dan golongan B40 serta berhampiran kilang bagi melihat kesesuaian bagi program itu.


Program Menu Rahmah adalah inisiatif KPDN bersama rakan strategik yang terdiri daripada pengusaha kedai makan (bermasak) dan Persatuan Pengusaha Restoran Dan Gerai Makanan.


Diperkenalkan bekas Menteri KPDN, Allahyarham Salahuddin Ayub, Menu Rahman sebagai sebahagian usaha kerajaan membantu dan mengurangkan kos sara hidup terutama dalam kalangan B40.


Biasanya hidangan dalam Menu Rahmah mengandungi satu sumber protin sama ada ayam atau ikan dan satu jenis sayur yang ditawarkan dengan harga tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan.


Sementara itu menurut Armizan, dalam usaha kerajaan menyokong peniaga untuk terus menawarkan Menu Rahmah, peniaga yang konsisten akan dibenarkan membeli barangan perniagaan dengan kadar yang banyak dalam Program Jualan Rahmah Madani (PJRM).


"Kita pertimbangkan untuk memberi ruang kepada peniaga Menu Rahmah di kawasan bersasar ini untuk diberikan akses dapat membeli barangan dalam kadar lebih banyak dalam program-program PJRM.


"Tetapi dia (perlu) melalui beberapa kriteria khususnya konsistensi peniaga ini menawarkan Menu Rahmah, kita berbalik kepada asasnya bahawa Menu Rahmah ini adalah satu program tanpa peruntukan daripada kerajaan," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page