top of page

Menteri Wilayah sambut baik memorandum tingkat ekonomi Labuan



Menteri Wilayah, Dr Zaliha Mustafa menyambut baik memorndum dari Dewan Perniagaan Tionghua Labuan yang menyenaraikan beberapa cadangan bagi meningkatkan pembangunan dan memacu ekonomi pulau pesisir Labuan ke tahap yang lebih tinggi.


"Petang tadi (semalam) saya mengadakan pertemuan bersama Dewan Perniagaan Tionghua Labuan yang diketuai oleh Datuk Wong Kii Yii bersama delegasinya.


"Dalam pertemuan tersebut, mereka telah membentangkan memorandum yang meliputi cadangan terhadap sektor pelancongan, perniagaan dan ekonomi di Labuan serta beberapa isu yang dihadapi oleh warga Labuan," katanya.


Beliau berkata, terdapat beberapa masalah yaang diutarakan dewan perniagaan itu telahpun dieselesaikan.


Namun beliau menghargai banyak perkara yang dibangkitkan dan akan mencari jalan untuk menyelesaikannya.


"Saya maklum ada beberapa perkara yang dibangkitkan telah diselesaikan dan in the pipeline, manakala ada juga yang kita ambil maklum dan kenal pasti punca untuk diselesaikan," katanya lagi.


Untuk rekod, Dr Zaliha dalam rangka lawatan ke pulau kewangan pesisir Labuan bagi meninjau projek projek yang sedang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan sambil mencari pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page