top of page

Menteri Pertanian jamin segera selesai tuntutan PeSAWAH



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan segera mengadakan sesi libat urus berkaitan isu penanaman padi dibangkitkan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH).


Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau akan turun padang bertemu pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) bagi menyelesaikan isu tersebut.


"Berkenaan memorandum (PeSAWAH), saya sebagai Menteri akan ambil tanggungjawab turun ke KADA, MADA dan tempat-tempat lain yang berkaitan.


"Saya akan mengadakan libat urus berterusan dengan penanam padi," katanya dipetik laporan media.


Sekumpulan ahli PeSAWAH pada Isnin menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan mengemukakan dua tuntutan.


Selain mahu harga harga lantai padi dinaikkan daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800 mereka turut membantah RUU Kualiti Benih Tanaman yang mewajibkan setiap individu memproses dan mengedar benih tanaman untuk memperoleh lesen serta menghantar sampel ke makmal untuk ujian pengesahan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page