top of page

Menteri minta ECRL laksana pelan mitigasi, selesai punca banjir di Pasir Puteh



Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diarahkan segera melaksanakan pelan mitigasi bagi menyelesaikan masalah banjir di sekitar kawasan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Menterinya, Anthony Loke di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, beliau mengambil maklum aduan berkaitan ECRL yang didakwa menjadi punca banjir teruk di Pasir Puteh, Kelantan yang kini dilanda Monsun Timur Laut (MTL).


"Sekarang ini memang musim banjir. Saya ucapkan simpati saya kepada rakyat Pantai Timur khususnya dilanda banjir besar ketika ini.


"Memang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pun terjejas baru saya dapat laporan tadi, landasan KTMB dibanjiri...tidak boleh bergerak.

"Jadi, kalau mana-mana kawasan yang dikatakan banjir sebab projek ECRL, saya minta pihak MRL untuk turun secepat mungkin dan buat segera.


"Kita ada mitigasi bagaimana membuat tebatan banjir supaya isu ini dapat diselesaikan dan meringankan beban rakyat di sekeliling kawasan projek itu," katanya dipetik.


Jumaat lalu, media melaporkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh terjejas apabila terowong pembinaan ECRL di kampung berkenaan ditakungi banjir akibat hujan lebat.


Menurut mereka projek itu menyebabkan air naik terlalu cepat selain lambat surut.

Sementara itu sebagai menjawab gesaan seorang Ahli Parlimen yang meminta beliau turun padang melihat isu banjir di sekitar jajaran ECRL Anthony berkata beliau kerap turun padang memantau projek berkenaan termasuk jajaran di sekitar negeri pembangkang seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page