top of page

Menteri-Menteri Luar ASEAN komited sokong hak rakyat Palestin



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri-menteri Luar ASEAN menyatakan komitmen untuk terus menyokong hak rakyat Palestin termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.


Menerusi satu kenyataan pada Rabu mereka menyeru undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta undang-undang hak asasi manusia dihormati oleh semua pihak.


Ia termasuk Resolusi UNGA A/RES/ES-10/23 yang diterima pakai pada 10 Mei 2024 dan disokong oleh semua anggota ASEAN.

"Kami menggesa semua pihak yang terlibat agar menyertai dialog yang bermakna untuk mencapai penyelesaian aman dan komprehensif bagi konflik yang berlarutan ini, berdasarkan penyelesaian dua negara selaras dengan undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang berkaitan," kata kenyataan itu.


Menerusi kenyataan sama Menteri-Menteri Luar ASEAN turut menyeru semua pihak agar membina momentum daripada perjanjian gencatan senjata berfasa dan pembebasan tahanan yang bermula pada 19 Januari lalu.


Selain itu, semua pihak terbabit perlu berusaha mewujudkan keadaan yang kondusif bagi pelaksanaannya secara menyeluruh dan berkesan, dengan matlamat mencapai penyelesaian yang komprehensif.


Menteri-Menteri Luar ASEAN turut menekankan keperluan mendesak bagi penghantaran bantuan kemanusiaan secara menyeluruh, selamat, pantas dan tanpa halangan kepada rakyat Palestin.


Selain itu mereka menuntut supaya mandat dan peranan berterusan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), serta usaha pembinaan semula segera bagi memperbaiki kehidupan penduduk Gaza terus disokong.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page