Menteri Komunikasi ucap tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
- Suara Keadilan
- Jun 3, 2024
- 1 min read

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Fahmi berkata, beliau mewakili seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai mengucapkan tahniah di atas Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
"Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim.
"Sembah Takzim daripada patik serta seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
"Daulat Tuanku," katanya.
Comments