top of page

Menteri Kesihatan komited selesai isu kebajikan jururawat




Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Kesihatan menzahirkan komitmen untuk menyelesaikan masalah dihadapi golongan jururawat terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.


Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi satu hantaran di laman Facebooknya berkata, kerjaya jururawat adalah tulang belakang dalam memastikan kelancaran sistem perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.


"Selaku Menteri Kesihatan, saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan serta tugasan yang belum tuntas diselesaikan.


"Saya komited untuk tangani semua ini, berikan saya sedikit waktu," katanya sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa dan ulang tahun kelahiran pengasas kejururawatan moden, Florence Nightingale yang disambut semalam.


Melalui hantaran sama Dr Dzulkefly turut menzahirkan penghargaan seluruh warga kejururawatan di Malaysia dan berharap mereka terus maju serta berjaya dalam menjalankan amanah mulia itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page