top of page

Menteri KDN hargai usaha semua pihak lulus pindaan RUU Kewarganegaraan



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail gembira dan mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang berusaha keras bagi menjayakan pindaan Perlembagaan Rang Undang Undang (RUU) Kewarganegaraan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam.


Menurut Saifuddin, semua pihak telah bekerja dengan sebaik baiknya sama ada dalam proses libat urus, kajian sehinggalah perbahasan yang berlangsung selama beberapa hari di Dewan Rakyat.


"Alhamdulillah Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan 206 undian pada petang ini.


"Terima kasih kepada team KDN atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan segala libat urus, kajian dan kertas kerja berkaitan agar pindaan ini dapat memberi manfaat terbaik kepada rakyat Malaysia.


"Terima kasih juga kepada rakan seperjuangan di dalam Dewan Rakyat yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya dan team KDN untuk melaksanakan pindaan ini," katanya dalam catatan di Facebook.


Pada catatan sama Saifuddin turut berkongsi beberapa infografik mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan.




0 comments

Comentarios

No se pudieron cargar los comentarios
Parece que hubo un problema técnico. Intenta volver a conectarte o actualiza la página.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page