Menteri kabinet Kerajaan Perpaduan petang tadi mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan bersama Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Udara Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Para Jemaah Menteri melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Jemaah Menteri dibahagikan kepada enam kumpulan dengan kumpulan pertama dimulakan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Kabinet kali ini menggabungkan menteri 25 Menteri dari golongan muda dan berusia. Antara menteri muda dalam lingungan umur awal 40an adalah Fahmi Fadzil (gambar atas), Chang Lih Kang, Fadhlina Sidek dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Manakala komposisi menteri pula 8 dari KEADILAN, 6 Umno, 4 DAP, 3 PBB, 2 Amanah, 1 UPKO, PDP, PRS, PPBM Sabah dan 1 bukan ahli parti (Menteri Agama).
Comments