top of page

Menteri buat keputusan tepat, NUTP gesa jangan polimikkan isu banjir



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyokong keputusan Menteri Pendidikan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon menerusi satu kenyataan menegaskan, sebarang pindaan atau perubahan tarikh peperiksaan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.


Justeru beliau berharap rakyat tidak mempolemikkan isu banjir agar suasana akan lebih harmoni dan mereka yang terlibat dengan banjir tidak terbeban dan emosi.


"Proses peperiksaan bermula dengan membina soalan hingga ke tarikh pengumuman keputusan dilakukan dengan berhati-hati. Dalam pada itu, tarikh peperiksaan juga telah diselaraskan dengan pihak pengajian lanjutan selepas peperiksaan SPM.


"Selain itu, jumlah kertas peperiksaan yang terlalu banyak juga perlu diambil kira. Jika isu banjir, peperiksaan SPM perlu ditunda maka perlu dilihat juga tempoh berapa lama perlu diambil untuk penjadualan semula.


"Justeru itu, tidak boleh sesuka hati membuat sebarang pindaan atau perubahan tambahan pelbagai pihak terlibat dalam menyusun dan mengatur Peperiksaan SPM ini," katanya.


Isu banjir yang melanda beberapa negeri diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab dengan mempersoal keputusan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya ujian lisan itu diteruskan.


Fadhlina dalam satu kenyataan menegaskan, Kerajaan Madani telah melakukan sedaya upaya dengan mekanisme yang ada untuk mengurangkan impak banjir terhadap 1.3% calon (5,377 orang) SPM di kawasan terjejas agar mereka dapat menduduki peperiksaan SPM bersama 98.7% (402,956 orang) calon SPM di seluruh Malaysia dengan memindahkan mereka ke penempatan selamat dan diberikan kemudahan terbaik termasuk buku, akses internet dan komputer.


Proses itu dilaksana menerusi Op Payung dengan kerjasama pelbagai agensi persekutuan.


Sementara itu menurut Fouzi, NUTP menghargai segala usaha dan perancangan awal yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi memastikan SPM berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.


Kementerian Pendidikan (KPM) jelasnya telah menunjukan sikap cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir semasa peperiksaan berlangsung.


"KPM sentiasa siap siaga dan mengambil langkah persediaan yang sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan dengan mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi memastikan Peperiksaan SPM berlangsung dengan lancar dan teratur," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page