top of page

Menteri arah siasat insiden kematian pakar patologi angkara buli



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan bertoleransi sama sekali terhadap sebarang perbuatan buli, tegas Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Justeru beliau mengarahkan siasatan lanjut dilakukan susulan kematian seorang pakar patologi Hospital Lahad Datu, Sabah, Dr Tay Tien Yaa, yang dikaitkan dengan insiden bunuh diri akibat dibuli di tempat kerja.


"Semua kakitangan KKM (Kementerian Kesihatan) layak mempunyai persekitaran kerja yang selamat dan adil.


"Kematian Dr Tay Tien Yaa mesti disusuli dengan siasatan lanjut...saya tiada toleransi terhadap insiden buli," katanya menerusi hantaran pada platform X.


Tular pada Ahad, satu muatnaik di Facebook mengenai seorang doktor yang ditemui mati di kediamannya di Lahad Datu, Sabah, pada 29 Ogos lalu.


Adik mendiang mendakwa kakaknya telah menjadi mangsa buli ketua jabatan yang disifatkan sebagai ‘zalim’ kerana telah menyalahgunakan kuasa untuk menindas pekerja bawahan.


Sementara itu melalui hantaran sama Dr Dzulkefly menegaskan, beliau tahu budaya kerja toksik itu masih wujud dan pelakunya perlu menghentikan perbuatan tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page