top of page

Menteri arah DBKL bentuk pasukan petugas pantau pokok di Kuala Lumpur



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membentuk pasukan petugas untuk memantau dan menyelenggara secara terperinci pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.


Bercakap kepada pemberita, Dr Zaliha berkata pemegang taruh seperti badan bukan kerajaan, arboris (pakar tumbuhan berkayu) dan pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan dilibatkan dalam pasukan tersebut.


"Pasukan ini akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Bagi langkah jangka pendek, kita sudah arahkan untuk menebang pokok-pokok yang dikenal pasti berisiko tumbang.


"Bagi langkah jangka panjang, kita perlu menilai semula semua aspek penanaman pokok teduhan termasuk spesies pokok, lokasi dan keluasan tanah sesuai selain tempoh pemantauan pokok yang sebelum ini dibuat setiap dua tahun, kita akan buat secara lebih kerap selepas ini," katanya dipetik.


Beliau ditemui selepas menghadiri sesi taklimat berhubung kolam tadahan banjir (KTB) Kampung Bohol di Kuala Lumpur pada Khamis.


Sementara itu Dr Zaliha turut menjelaskan, pasukan yang bakal ditubuhkan itu boleh mendapatkan maklumat serta kerjasama pakar atau meneroka sistem penanaman dan penyelenggaraan pokok secara mapan dari luar negara.


Mengulas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang digantikan dengan 100 pokok baharu, Dr Zaliha berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada pakar tumbuhan bagi mengenal pasti jenis pokok, lokasi serta jumlah yang sesuai untuk ditanam.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page