top of page

Menjelang Malaysia Pengerusi ASEAN 2025, perkhidmatan digital ditingkatkan



Kerajaan akan menawarkan lebih banyak perkhidmatan digital bersepadu, dipercayai dan selamat bagi mencapai sasaran dalam pelan strategik pendigitalan sektor awam sejajar dengan kepengerusian ASEAN pada 2025.


Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pencapaian Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 telah mencecah tahap 57 peratus pada Disember lalu, mengikut jadual yang ditetapkan.


Pelan ini dibangunkan pada tahun 2021 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia yang kini dikenali sebagai Jabatan Digital Negara.


"Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang tempoh akhir pelan tersebut iaitu pada tahun 2025, Kementerian Digital

beriltizam untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan digital yang bersepadu, dipercayai dan selamat.


"Menjelang kepengerusian ASEAN 2025 yang akan dikendalikan oleh Malaysia, adalah signifikan bagi negara kita menambah baik mutu penyampaian digital kerajaan yang mampu berdaya saing di peringkat global," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagi tujuan itu Gobind berkata, kementerian hari ini melancarkan Aspirasi Strategi Digital First (ASDF) sebagai asas dalam memastikan usaha kerajaan yang progresif ke arah perkhidmatan digital bersepadu yang berkualiti.


Katanya ASDF menggabungkan enam teras iaitu minda digital, berpacukan data, berpaksikan rakyat, reka bentuk berteraskan Keselamatan, tadbir urus digital serta bakat dan kemahiran.


"Transformasi penyampaian perkhidmatan digital kerajaan perlu lebih memberi fokus kepada pengalaman pelanggan (customer experience) dan berasaskan kepada pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) secara bersepadu dan merentas agensi," katanya.


Jelas beliau anjakan baharu ini memperlihatkan usaha proaktif kerajaan dalam melonjakkan perkhidmatan digital kerajaan melalui konsep Digital First dalam tempoh enam bulan dari Jun sehingga Disember depan dan seterusnya.


"Antara fokus dalam anjakan strategi ini adalah saluran digital bersepadu kerajaan berdasarkan pengalaman pelanggan. Impak islah (pembaharuan) yang dilihat melalui pendekatan terkini ini dapat memberikan nilai tambah kepada empat kumpulan sasar kerajaan iaitu rakyat, komuniti perniagaan, agensi kerajaan dan penjawat awam," ujarnya.


Dalam hal ini, Gobind berkata kementerian melalui Jabatan Digital Negara telah melaksanakan pelbagai usaha proaktif termasuk mengadakan siri libat urus dengan Ketua Pegawai Digital (CDO) di semua peringkat termasuk agensi kerajaan Pusat dan negeri-negeri serta pihak berkepentingan bagi memastikan pendigitalan di Malaysia berada pada tahap yang memuaskan.


"CDO perlu berikan keutamaan dan memastikan inisiatif pendigitalan di agensi masing-masing memenuhi keperluan kumpulan sasar.


"Pelaporan pendigitalan sektor awam juga perlu dimuatnaik di portal Jabatan Digital Negara dan media sosial bagi memberikan informasi terkini bagi pengetahuan rakyat," katanya.


Menurut beliau lagi, portal sedia ada kerajaan ‘MyGovernment’ yang boleh dilayari di Malaysia.gov.my yang telah dilancarkan pada 2018 akan dinaik taraf dan diperkukuhkan lagi dengan paparan lebih perkhidmatan kerajaan melalui bantuan semua kementerian demi memudahcarakan interaksi antara masyarakat dan agensi kerajaan.


"Ini akan dilaksanakan melalui kerjasama CDO yang dilantik daripada kementerian masing-masing tersebut dan Jabatan Digital Negara.


"Kerajaan Madani sentiasa terbuka untuk menerima input dari semua pihak untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan kerajaan," jelas beliau.


Orang ramai dijemput untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan perkhidmatan digital kerajaan kepada Jabatan Digital Negara melalui pautan www.jdn.gov.my atau www.mydigital.gov.my sehingga 6 Julai ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page