
Oleh: Akmal Manaf
Mengenang pengorbanan yang dilakukan, seramai 15 anggota Otai Reformis di sekitar Kluang, Johor menerima sumbangan Kotak Rahmah dalam satu program baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan, Persatuan Kebajikan Reformis Negeri Johor (PKRNJ) bersama Sekretariat Reformasi Madani Malaysia (SRMM) telah melaksanakan program ramah mesra itu.
Pengerusi PKRNJ, Saiman Omar berkata, jasa dan pengorbanan mereka yang telah berjuang di jalanan dan di pentas siasah, tidak akan dilupakan.
"Malah ada yang hilang mata pencarian. Ramai kawan-kawan seperjuangan sudah uzur di mamah usia, malah tidak kurang juga yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
"Memahami keadaan itu, kami (PKRNJ) bersama SRMM telah melaksanakan program berkenaan. Sumbangan tersebut diserahkan dalam satu majlis di Kluang," katanya.
Sumbangan kotak Rahmah berserta sampul disampaikan oleh Pengerusi SRMM, Khairul Anuar Othman sambil disaksikan Setiausaha Negeri yang mewakili Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor merangkap Ketua Cabang Kluang, Abd Hamid Ali.
Salah seorang penerima sumbangan menzahirkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.
"Kami turut mendoakan agar semua ahli dikurniakan kesihatan yang baik," ujar penerima itu.
Turut hadir dalam majlis itu adalah, Naib Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam, Sukri Zakaria dan Timbalan AMK Simpang Renggam, Navinraj Krishnan.
Comments