top of page

Mengapa Pas tidak kekang pemimpin parti sebar berita palsu?



Pemimpin Perikatan Nasional (PN) perlu mengetatkan disiplin parti mereka supaya tidak menjadi agen penyebar tuduhan palsu dalam kalangan masyarakat.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli kelmarin yang membangkitkan sama ada pemimpin Pas sengaja menyebar cerita palsu berbentuk kebencian kaum sebagai strategi politik parti itu.


"Saya bersetuju dengan rakan saya Rafizi yang membuat kesimpulan ini selepas pusingan terbaharu kenyataan karut daripada Ketua Pas Perak, Razman Zakaria.


"Berita palsu yang keterlaluan yang disebarkan oleh pemimpin Pas tertentu adalah sangat tidak masuk akal sehingga kita perlu mempersoalkan sama ada mereka melakukannya dengan sengaja," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu Rafizi menerusi laman sosialnya mengkritik Pas dan mempertikaikan sama ada pemimpin seperti Razman tidak tahu bahawa fitnah boleh memusnahkan imej parti itu di mata rakyat, atau sebenarnya mereka memilih untuk meneruskan naratif tersebut demi meraih sokongan politik.


Menurut Rafizi, Pas berulang kali terpalit dengan isu fitnah yang melibatkan individu tertentu, termasuk dakwaan palsu seperti tuduhan Lim Kit Siang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Lee Kuan Yew dan dakwaan Hannah Yeoh sebagai keturunan Pengasas Kumpulan YTL, Tan Sri Yeoh Tiong Lay.


Tegasnya, ketika pemimpin tersebut beranggapan ia strategi politik yang genius, ia sebenarnya memberi gambaran kepada rakyat bahawa mereka bergayut kepada kebencian perkauman untuk berkuasa dan bukannya kecekapan mentadbir.


Sementara itu Chean Chung menerusi kenyataan sama menyatakan rasa kesal terhadap sikap dipamerkan pemimpin tertinggi PN-Pas yang dilihat terus membiarkan perkara seperti itu terus berlaku.


"Kenapa pemimpin Pas membisu tentang berita palsu yang disebarkan? Mungkinkah mereka terpengaruh dengan idea mengelirukan rakyat melalui kepalsuan dan maklumat palsu?


"Perkara yang bertanggungjawab untuk dilakukan adalah untuk menghentikan naratif palsu mereka, tetapi malangnya tiada tanda-tanda itu berlaku," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page