top of page

Mengapa mesyuarat Exco T'ganu di KL, bukan di Wisma Darul Iman?



Kerajaan Pas Terengganu sering mempropagandakan kewangan negeri meruncing akibat tidak mendapat bayaran royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan.


Bagaimanapun, menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, situasi sebaliknya berlaku apabila pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar didakwa sering mengadakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di luar Terengganu.


Bagi Ahmad Nadhir, sekiranya Kerajaan Negeri kekurangan dana maka lebih baik mesyuarat tersebut diadakan di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu sahaja.

Ahmad Nadhir Yob
Ahmad Nadhir Yob

"Kerajaan Pas berkata royalti disekat, Kerajaan Negeri tak ada hasil dan sebagainya, tetapi boleh pula buat mesyuarat Exco di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang mewah itu.


"Sedangkan di Kuala Terengganu pejabat Exco ada di Wisma Darul Iman, kenapa tak guna?


"Kata kerajaan Islam menggalakkan berjimat, perbelanjaan berhemah. Di mana kerajaan Islam yang diperkatakan itu?


"Kenapa buat di Kuala Lumpur, sedangkan Exco sepatutnya berada di Kuala Terengganu, bekerja di Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan.


Dakwa Ahmad Nadhir, mesyuarat Exco di luar Terengganu bukan sekali dilakukan oleh pentadbiran MB Dr Samsuri malah diadakan beberapa kali dalam setahun.


"Kalau sekali dua dalam setahun mungkin ada alasan tetapi kerap kali mesyuarat Exco dibuat di luar Terengganu dan dibuat di hotel.


"Sedangkan fasiliti untuk buat mesyuarat Exco ada di Terengganu. Apa salahnya kita guna untuk perbelanjaan berhemah?


"Nampak sangat hipokritnya kepimpinan Pas Terengganu," katanya lagi.


Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu di sebuah hotel bersejarah di Kuala Lumpur baru baru ini tular di media sosial.


Warga net mengulasnya dengan pelbagai reaksi meskipun alasan diberikan kerana Menteri Besar menghadiri mesyuarat Majlis Raja Raja di ibu negara, kerana Kerajaan Negeri lain tidak pula dilaporkan mengadakan mesyuarat Exco di Kuala Lumpur selepas mesyuarat Majlis Raja Raja itu.

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page