top of page

Mengapa harga lantai padi tidak dinaik ke RM1,800per tan?



Ada setengah pihak melihat keputusan Kerajaan Madani menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,500 per metrik tan sebagai tidak memenuhi desakan pesawah yang mahu ia ditetapkan pada kadar RM1,800 per metrik tan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan kementerian perlu mengambil kira semua faktor sebelum membuat sebarang keputusan dalam memastikan kelangsungan hidup keseluruhan rantaian sektor padi dan beras negara.


"Banyak kilang padi Bumiputera terpaksa gulung tikar kerana tidak mempunyai modal pusingan yang cukup untuk membeli padi pada harga yang tinggi seperti RM1,800/tan yang berlaku dalam beberapa musim yang lepas.


"Antara penyebab yang menjadikan pesawah menuntut harga RM1,800 itu adalah kerana kenaikan kos bajak, pengangkutan dan upah yang berkaitan dengan penyelarasan semula subsidi diesel sejak Jun tahun lalu," katanya dalam hantaran di Facebook.


Untuk rekod kenaikan kepada RM1,500 per metrik tan merupakan kali kedua dilakukan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menaikkan kepada RM1,300 per metrik tan pada 2023.


Mohamad berkata kementerian yang amat memahami tuntutan tersebut kini sedang dalam peringkat akhir perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Kewangan untuk memastikan penyedia perkhidmatan pembajakan, pengangkutan dan peralatan lain yang menggunakan diesel akan mendapat subsidi diesel.


"Perkara ini agak mengambil masa untuk dimuktamadkan kerana berpuluh ribu jentera, kenderaan dan peralatan yang digunakan dalam sektor ini tidak ada dokumentasi yang lengkap dan kebanyakan hanya digunakan pada waktu tertentu.


"Misalnya jentera penuaian hanya digunakan pada waktu menuai manakala pam air persendirian hanya digunakan pada waktu ingin memasukkan air di dalam bendang dan bukannya diguna sepanjang masa," katanya.


Justeru itu, beliau berkata jumlah penggunaan bahan bakar itu perlu dikaji dengan terperinci sebelum jenis dan jumlah bantuan dapat ditentukan.


"Apapun, saya amat yakin, jalan penyelesaian untuk mendapatkan subsidi diesel ini akan dapat dimuktamadkan. Saya juga yakin apabila bantuan diesel ini telah diberikan kepada penyedia perkhidmatan, maka kos pembajakan dan yang lain-lain juga akan turun," katanya.


Bagi memastikan berlaku penurunan kos itu, kementerian boleh mengetatkan peraturan dan penguatkuasaannya, jelas beliau.

Selain itu, penentuan harga lantai belian padi juga perlu mengambil kira pelbagai faktor lain seperti pergerakan harga beras dunia dan kos pemprosesan beras kerana harga jualan beras tempatan masih dikawal, kata beliau.


"Kesemua harga-harga ini (harga lantai, harga pintu gudang dan harga beras) berkait antara satu sama lain dan perlu diselaraskan dengan cermat agar tidak mendatangkan kesan buruk pada masa hadapan," tambahnya.


Misalnya, jika harga beras import turun ke peringkat terendah seperti RM2,000 per tan, apakah kesannya jika harga beras tempatan pula pada kadar RM3,600 per tan? Kemungkinan boleh berlaku padi tempatan tidak dibeli pengilang dan pengguna pun tidak berminat. Pada waktu itu, pesawah tentu akan tersepit sekali lagi," ujarnya.


Tegas Mohamad, kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan pesawah di negara ini memandangkan segala jenis subsidi masih terus diberi.


"Malah jumlah peruntukannya juga ditambah setiap tahun demi kesejahteraan pesawah. Apa yang penting adalah semua pihak perlu berpadu tenaga untuk membantu pesawah meningkatkan hasil (yield) bagi menambah pendapatan pesawah.


"Saya amat berharap agar hero pesawah kita akan terus mengerjakan sawah mereka dan tidak meninggalkannya kerana kita tidak mahu apa yang telah berlaku kepada penanaman sayur yang dulu dikatakan rugi, tapi sekarang dikuasai oleh pendatang dan kini mereka yang mengaut keuntungannya," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page