top of page

Mengapa bekalan tong gas memasak terputus di Sarawak? - Roland Engan



Aduan orang ramai berkenaan terputusnya bekalan tong gas memasak di kedai kedai runcit di beberapa kawasan di Sarawak memerlukan penjelasan dan tindakan segera untuk menanganinya.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, terputuskan bekalan itu menyukarkan urusan seharian rumah tangga dan aduan mengenainya telah pun berlarutan sejak seminggu lalu.


"KEADILAN Sarawak mendapat aduan daripada orang ramai sejak minggu lalu tentang insiden bekalan gas (tong gas LPG) yang terputus.


"Pada hari ini pula didapati bekalan gas tersebut terjejas di banyak tempat di seluruh Sarawak


"Keadaan ini sangat mengejutkan semua sebaik sahaja rakyat mendengar pengumuman Petros menjadi pengedar tunggal gas di Sarawak dan AirBorneo pula ialah nama syarikat penerbangan Sarawak diumumkan oleh Premier semalam.


"KEADILAN Sarawak menuntut penjelasan daripada pihak berwajib tentang punca bekalan gas LPG terputus untuk mengurangkan kegusaran rakyat di seluruh Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Roland Engan, masalah kekurangan gas LPG tidak seharusnya terjadi kerana tidak berlaku sebarang masalah mengenai bahan mentah berkaitan gas.


Katanya, sekiranya masalah bekalan gas LPG berpanjangan maka ianya akan menjejaskan persiapan ibu bapa untuk mendaftar anak-anak mereka ke sekolah pada hujung minggu ini.


"Bersama kita berdoa agar masalah bekalan gas ini diselesaikan dengan segera dan merayu agar tiada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga gas LPG sewenang-wenangmya sehingga menambah bebanan rakyat khususnya saudara saudara kita yang mangsa banjir (di beberapa daerah di Sarawak)," katanya lagi.


Dalam pada itu, Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri, Mohammad Hafidz Rohani dalam laporan Utusan Borneo berkata, langkah pengagihan yang lebih efisien perlu diambil untuk mengelakkan ketidakseimbangan antara permintaan dan bekalan tong gas.


Katanya, bagi mengelakkan situasi kekurangan berulang sistem kawalan stok yang lebih efektif perlu diwujudkan, termasuk pemantauan rantaian bekalan serta pengedaran yang lebih adil antara peniaga dan pengguna.


Beliau berkata, masalah bekalan itu memberi kesan kepada peniaga, terutamanya dalam sektor makanan dan minuman, juga menjejaskan isi rumah yang memasak menggunakan gas.


Peniaga dan pengguna, katanya, terpaksa beratur panjang dari pagi sehingga petang untuk mendapatkan bekalan tong gas.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page