top of page

Menara KL dibuka semula esok

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Menara KL antara menara tertinggi di dunia akan dibuka semula. Foto FB official Menara KL
Menara KL antara menara tertinggi di dunia akan dibuka semula. Foto FB official Menara KL

Oleh: Akmal Manaf


Menara Kuala Lumpur (MKL) kini dibuka semula kepada orang ramai bermula jam 9 pagi esok selepas penutupan sementara bagi memberi laluan kepada kerja pemulihan dan penyelenggaraan selama seminggu.


Kementerian Komunikasi memaklumkan, pembukaan semula menara ikonik itu adalah selari komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan pekerja terlibat, sekali gus menyediakan perkhidmatan serta persekitaran kondusif dan selamat kepada pengunjung.


"Menerusi pengurusan baharu premis Menara Kuala Lumpur yang diterajui oleh syarikat LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM), kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien, berorientasikan pelanggan dengan penambah baikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan yang boleh menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pada 16 April lalu, Kementerian Komunikasi mengumumkan penutupan menara itu bermula 17 April bagi kerja pemulihan antaranya pembersihan tapak, pengecatan semula, pemasangan semula tiang bendera dan menaik taraf sistem kamera litar tertutup.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page