top of page

Melaka bakal terima limpahan manfaat sektor aeroangkasa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read


Negeri Melaka bakal menikmati manfaat dalam bidang aeroangkasa dengan pembinaan kilang pemasangan helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.


Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.45 bilion untuk membangunkan kilang tersebut dalam masa tiga tahun di tanah seluas 6.88 hektar.


"Pembangunan kilang berkenaan diberikan kepada pengendali helikopter terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara Weststar Group.


"Selain kilang pemasangan helikopter, ia juga akan menjadi hab penyelenggaraan helikopter meliputi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).


"Dengan pelaburan berjumlah RM16.45 bilion daripada Kerajaan Persekutuan, ia akan memberi satu sinar baharu dalam industri aeroangkasa di Melaka dan kerajaan negeri akan memberi segala sokongan bagi memastikan projek ini dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang," katanya dipetik.


Ab Rauf sebelumnya mengadakan sesi lawatan tapak bagi cadangan pembinaan kilang pemasangan helikopter oleh Weststar Group.


Lawatan itu turut dihadiri yang Pengerusi dan Pengasas Weststar Group Tan Sri Syed Azman Ibrahim dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.


Sementara itu menurut Ab Rauf, pembinaan kilang berkenaan tidak akan menjejaskan penerbangan komersial yang beroperasi di LTAM, sebaliknya memberi nilai tambah pada industri aeroangkasa di negeri itu.


Selain memberi peluang besar ekonomi kepada Melaka, hab MRO helikopter juga membuka peluang kepada rakyat tempatan termasuk peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa.


"Dengan adanya Malaysian Flying Academy di Melaka juga, pihak Weststar diberi amanah untuk melahirkan 1,500 juruterbang helikopter dalam masa setahun, bagi menyokong industri perkhidmatan pengangkutan udara di negara ini," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page