top of page

Media sosial bukan tempat berbalah, junjung titah Agong - Fahmi



Seluruh rakyat Malaysia diseru menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena dengan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M yang menyentuh mengenai adab menggunakan media sosial.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di Facebook berkata, antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar sehingga membawa perpecahan yang tidak memenangkan sesiapa.


"Sultan Ibrahim juga bertitah supaya rakyat tidak membuka aib sesiapa atau menularkan perkara memalukan kerana akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.


"Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.


"Semoga dengan kedatangan tahun baharu 1446H, Allah SWT mengurniakan keimanan dan ketakwaan kepada kita semua," katanya lagi menerusi hantaran itu.


Sultan Ibrahim pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Putrajaya pada Ahad bertitah, orang ramai hari ini berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.


Baginda turut menzahirkan kebimbangan mengenai penyebaran maklumat berkaitan agama Islam yang mengelirukan, tidak tepat, salah tafsir dan ajaran menyimpang daripada prinsip Islam sebenar yang disebar melalui media sosial.


Justeru umat Islam diingatkan supaya lebih bijak menilai mana betul dan mana yang salah, memandangkan penyebaran maklumat agama tidak tepat boleh mengundang kekeliruan, perpecahan dan amalan agama yang menyimpang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page