top of page

MCMC tingkat kualiti capaian Internet di pusat pengajian MARA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam usaha meningkatkan kualiti capaian Internet di seluruh pusat pengajian kendalian agensi tersebut.


MCMC dalam kenyataan berkata kerjasama strategik itu turut melibatkan Kempen Internet Selamat yang merupakan program kesedaran dengan modul baharu sesuai untuk warga kerja dan pelajar institut pengajian tinggi.


"Inisiatif ini mempermudah pembelajaran para penuntut MARA dan membolehkan mereka memanfaatkan capaian Internet untuk urusan seharian.


"Sistem penyampaian awam di seluruh institusi MARA dijangka dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu kerjasama strategik itu dimeterai antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MCMC menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Kuala Lumpur hari ini.


Majlis pertukaran MoU antara MCMC dengan MARA ini disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Pengerusi Eksekutif MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengerusi MARA Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.

Institusi pendidikan MARA yang terlibat meliputi Maktab Rendah Sains MARA, Ins titut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MARA-Japan Industrial Institut, Kolej Poly-Tech MARA, Universiti Poly-Tech Malaysia, Kolej Profesional MARA, Kolej MARA, Universiti Kuala Lumpur, German-Malaysian Institute dan GIATMARA.


Kata kenyataan itu, kerjasama itu juga meliputi penyediaan khidmat konsultasi bagi penambahbaikan liputan mudah alih dan jalur lebar berasaskan gentian optik, serta eksplorasi teknologi di kawasan kurang liputan.


Selain itu, inisiatif ini merangkumi pembangunan usahawan melalui pembudayaan ICT dan e-dagang serta program peningkatan kompetensi dan penyelidikan dalam bidang keselamatan siber bagi melahirkan bakat yang memenuhi keperluan industri digital, kata MCMC.


"Sebagai langkah permulaan dalam memastikan liputan Internet berkualiti tinggi, MCMC telah menjalankan pemeriksaan status liputan Internet di Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek.


"Pada hujung tahun lalu, di bawah satu pelan tindakan khas, pihak telco telah memasang Portable Base Station bagi liputan Internet sementara manakala struktur menara yang tetap akan dibina untuk memberikan liputan yang menyeluruh di KPM Ayer Molek," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page