top of page

MCMC sekat 224,403 kandungan judi di media sosial



Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan kerjasama sama dengan pihak polis dalam mengekang aktiviti perjudian dalam talian dengan menurunkan kandungan media sosial dan menyekat laman web berkaitan jenayah itu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


Beliau berkata suruhanjaya itu juga memberikan bantuan teknikal seperti analisis maklumat dan forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan berkaitan perjudian dalam talian.


"Dari tempoh 2022 hingga Februari 2025 sebanyak 5,026 laman judi disekat dengan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan Internet manakala 224,403 kandungan perjudian di media sosial diturunkan.


"Dari jumlah itu sebanyak 209,006 kandungan perjudian iaitu sebanyak lebih 93% telah diturunkan dari Facebook sahaja, bermaksud Facebook adalah lubuk iklan perjudian dalam talian," katanya ketika menjawab soalan asal Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.


Fahmi berkata MCMC melakukan pemantauan proaktif bagi memastikan persekitaran Internet di Malaysia bebas daripada kandungan dalam talian yang melanggar undang-undang termasuk kandungan perjudian dalam talian.


Dalam pada itu kepada soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang), Fahmi berkata kementeriannya menerima kerjasama baik daripada penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial, sama ada yang telah dilesenkan atau masih dalam proses, dalam usaha memastikan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari buat pengguna.


Sebagai contoh laman YouTube telah menurunkan 5,115 kandungan antaranya iklan-iklan judi, daripada 5,167 kandungan telah dipohon untuk diturunkan bagi tempoh 1 Januari hingga tengah malam tadi, ujarnya.


"Ini menunjukkan walaupun Google pada masa ini belum dilesenkan, kita dapat melihat kerjasama yang sangat baik diberikan. Berbeza dengan Telegram, di mana secara keseluruhannya hanya 39 peratus daripada permintaan diuruskan.


"Di sini kita melihat bahawa platform-platform mempunyai keupayaan yang berbeza. Saya difahamkan jumlah pasukan yang melakukan 'content moderation' untuk Telegram adalah sangat kecil berbanding dengan platform lain.


"Kita bukan sahaja melihat kerangka kawal selia itu penting, tetapi juga memahami konteks operasi bagi platform-platform ini dan membantu mereka memperkemas serta mempermudah tindakan yang perlu diambil," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page