top of page

MCMC gerakkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian seluruh negara



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan MADANI bertekad untuk terus memperkukuh keselamatan dalam talian sekali gus menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.


Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


''Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai lapisan usia serta latar belakang berkenaan pentingnya keselamatan Internet.


''Kempen Keselamatan Dalam Talian akan diperluas dalam kalangan komuniti bagi memperkasakan pengetahuan orang ramai tentang keselamatan dalam talian.


''Antara fokus utama kempen adalah kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk memiliki akaun media sosial dan penggunaan Internet perlu di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.


''Selain itu, kempen menekankan untuk meningkatkan kesedaran agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam), judi dalam talian, buli siber, dan kes jenayah pedofilia,'' maklum kementerian itu menerusi satu kenyataan.


Sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet, Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diwartakan pada 7 Februari 2025 dan berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.


Pindaan itu katanya, akan menyediakan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari kepada pengguna, sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.


''Jumlah kes jenayah dalam talian pada 2024 yang mencecah 35,368 kes dengan nilai kerugian lebih RM1.5 bilion membuktikan bahawa pindaan tersebut adalah tepat pada masanya.


''Kerajaan berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi diri serta keluarga daripada sebarang ancaman dalam talian,'' kata kenyataan itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page