top of page

MBPJ perlu rangka segera pelan atasi banjir kilat - Lee Chean Chung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read



Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dicadangkan agar memulakan kerja-kerja mendalamkan sungai di sekitar Petaling Jaya bagi mengatasi masalah banjir kilat dengan kejadian terbaru berlaku awal pagi ini apabila beberapa kawasan di daerah ini ditenggelami air.


Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung berkata langkah jangka pendek itu perlu dilakukan bagi meningkatkan kecekapan sistem saliran terutamanya ketika hujan lebat.


"Bagi penyelesaian jangka panjang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang dalam peringkat perancangan untuk membina rumah pam air sebagai langkah tambahan mengurangkan risiko banjir.


"Satu mesyuarat khas akan diadakan pada hari Selasa depan bagi membincangkan pelan tindakan secara lebih terperinci," katanya dalam kenyataan hari ini.


Lee Chean Chung turun sendiri memeriksa banjir kilant di Petaling Jaya
Lee Chean Chung turun sendiri memeriksa banjir kilant di Petaling Jaya

Dalam kejadian, sekitar jam 3 pagi, hujan lebat melanda kawasan Petaling Jaya, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan, termasuk pintu keluar utama Taman Buana Perdana di PJS 3/26 yang ditenggelami air sedalam hampir satu meter.


Keadaan ini menjejaskan ratusan penduduk yang tidak dapat keluar masuk ke kawasan kediaman ketika waktu puncak.


Menurut penduduk, air naik dengan cepat hingga ke paras tayar kenderaan yang diparkir di tepi jalan, menyebabkan banyak kenderaan terkandas.


Keadaan hanya kembali pulih sekitar jam 9 pagi apabila air mulai surut.


Chean Chung berkata sejurus menerima aduan penduduk, beliau turun ke lokasi sekitar pada jam 11.30 pagi untuk meninjau sendiri situasi banjir.


Turut hadir Ahli Majlis MBPJ, Norah Mansor dan wakil Jabatan Kejuruteraan MBPJ.


Lee berkata meskipun tiada kerosakan harta benda dilaporkan dan keadaan dilihat lebih terkawal berbanding insiden sebelumnya, pihak berkuasa tidak boleh berpuas hati.


"Masalah ini harus ditangani secara menyeluruh demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk," kata beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page