top of page

MB Terengganu lebih pentingkan agenda politik berbanding rakyat



Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disifatkan sebagai lebih mementingkan agenda politik berbanding kepentingan rakyat di negeri itu yang ditimpa bencana banjir.


Datuk Mustapha Yaakub yang juga Setiausaha Veteran UMNO berkata, perkara itu terbukti apabila Dr Samsuri memilih menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kali ke-7 yang diadakan di Shah Alam berbanding bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninjau keadaan banjir di Terengganu pada Sabtu.


"Ahmad Zahid sendiri ada program yang ditetapkan lebih awal bagi merasmikan MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) Mubarak di Kuala Lumpur tapi terpaksa mewakilkannya kepada Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad.


"Bezanya Ahmad Zahid mengutamakan rakyat Terengganu demi rakyat tapi Samsuri mengutamakan parti rakan demi kuasa," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, kehadiran Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara melawat mangsa banjir di Terengganu tanpa kelibat Menteri Besar.


Situasi itu berbeza ketika Ahmad Zahid turun melawat negeri Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir kali ini disambut mesra Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud.


Ahmad Samsuri pada Disember 2022 pernah mencetuskan kontroversi apabila “hilang” ketika negeri itu dilanda banjir.


Sementara itu Mustapha menyifatkan Ahmad Samsuri sebagai tiada adab, jelasnya meskipun tidak perlu dilayan seperti tetamu namun kehadiran Ahmad Zahid di negeri itu sepatutnya disambut oleh Menteri Besar meskipun berlainan ideologi politik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page