top of page

MB T'ganu dipantau: Usaha Dr Samsuri cari publisiti PRK Ayer Kuning?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Tindakan Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyiarkan di media sosial keluhan beliau kononnya pergerakan dan panggilan telefonnya dipantau mungkin usaha untuk mencari publisiti murahan pada waktu musim Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning.


Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berpendapat rakyat Terengganu tidak terpancing dengan strategi politik Dr Samsuri kerana pergerakan MB memang dipantau oleh polis untuk tujuan keselamatan.


"Rakyat Terengganu mengecam politik murahan Dr Samsuri terbaru berhubung pergerakan beliau dipantau dan juga tindakan pemintasan telefon oleh pihak tertentu.

Ahmad Nadhir Yob
Ahmad Nadhir Yob

"Dan MB Samsuri keluarkan kenyataan rasmi, menunjukkan beliau sengaja mencari stunt politik murahan, lebih lebih lagi dalam musim PRK Ayer Kuning," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Ahmad Nadhir, tidak septutnya beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana beliau seorang Ketua Kerajaan Negeri yang sepatutnya tahu prosedur dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan polis.


"Tindakan beliau menunjukan beliau MB yang sangat dangkal dan hanya bermain politik untuk mendapatkan sokongan.


"Rakyat Terengganu mengecam tindakan beliau ini," katanya lagi.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri turut tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.


Juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata TCO merupakan perkara biasa kepada orang politik terutama wakil rakyat.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page