Golongan orang kelainan upaya (OKU) di Selangor dipelawa memohon bantuan khas one off RM500 yang dibuka permohonannya sejak 1 Julai lalu.
Menteri Besar Selangor (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM600,000 telah diperuntukkan untuk skim itu yang dibuka pendaftarannya sehingga 31 Julai ini.
"Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM600 ribu dalam Pakej Kita Selangor 2.0 sebagai bantuan bagi golongan OKU menempuhi cabaran Covid-19," katanya dalam catatan di Facebook beliau.
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) mengakui telah menerima sebanyak 4,264 permohonan setakat 8 Julai lalu.
Pengurs Besar Yawas, Gan Pei Nei berkata permohonan melepasi sasaran 1,200 orang dan peruntukan tambahan akan dipohon kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan sekiranya ada keperluan.
Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.anisselangor.com/bantuanOKU
Syarat permohonan termasuk warganegara, berusia 18 tahun ke atas dan pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Kommentare