top of page

MB Selangor lepaskan Skuad Program Kembara Sahur Khidmat Bantu Madani



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Parlimen Gombak malam tadi melepaskan skuad Program Kembara Sahur Khidmat Bantu di Rumah 3.0, Malaysia Madani DUN Gombak Setia.


Skuad tersebut yang ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, YADIM, Yayasan Wakaf dan pelbagai agensi lain termasuk beberapa institusi serta syarikat yang menyumbang untuk mereka yang memerlukan dilepaskan pada jam 12.00 tengah malam di Perkarangan Pejabat Parlimen Gombak, Taman Samudera.


"Bermula tengah malam, pasukan konvoi ini bergerak membawa barangan sumbangan kepada penerima dalam DUN Gombak Setia.


"Program yang berlangsung jam 12 tengah malam ini diakhiri dengan program sahur dan solat Subuh berjemaah di Masjid Gombak Utara, Batu 8," katanya dalam muat naiknya di Facebook.


Amirudin mengucapkan penghargaan kepada penaja, sukarelawan dan semua yang terlibat. Beliau berharap inisiatif tersebut membawa keberkatan dan terus mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti di Gombak Setia.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page