top of page

MB Selangor cadang lebuhraya WCE Selangor - Johor meliputi KLIA



Oleh: Akmal Manaf


Menteri Besar Selangor (MB) Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) bagi jajaran Banting ke Gelang Patah, Johor.


Susulan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak mengutarakan satu cadangan bahawa lebuhraya tersebut seharusnya dipanjangkan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


''Cuma pandangan saya, kalau boleh dipanjangkan WCE itu sampai ke KLIA.


''Kalau kita sudah sambung ke KLIA pada jajaran yang saya sebut tadi, bukan sahaja orang Port Dickson tetapi juga keseluruhan rangkaian jajaran kita itu akan lebih pantas dan mampu untuk membugarkan ekonomi.


''Selain membugarkan ekonomi, pembugaran kawasan-kawasan wilayah yang telah dibangunkan khususnya di Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS) di mana wilayah kawasan Selangor adalah kawasan yang besar untuk kita bangunkan,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Pada 18 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’ memaklumkan Lebuhraya WCE Banting – Gelang Patah menjadi satu daripada lima projek berkepentingan rakyat yang akan diberi keutamaan tahun depan.


Menurut beliau, projek itu akan mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP).


Selain WCE, antara projek lain yang akan menggunakan pendekatan PPP adalah pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor; Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua, Pulau Pinang; Lebuh Raya WISE dari Gopeng ke Kuala Kangsar, Perak serta Projek Tanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah dan Perlis.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page