top of page

MB Sanusi usah banyak main politik, tumpu projek loji rawatan air - Dr Taufiq



Oleh: Abdullah Zaid


Gagasan The Greater Kedah yang dirangka Kerajaan Negeri dilihat seperti 'angan angan Mat Jenin' sekiranya isu kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau tidak mampu diatasi.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, naik taraf dua LRA itu yang masih tidak dapat disempurnakan dalam tahun ini seharusnya diberi perhatian serius oleh pemimpin negeri memandangkan ianya melibatkan isu keperluan asas rakyat Kedah.


"Kerajaan Negeri sibuk mencanang kepada dunia kononnya mereka sedang menuju ke arah 'The Greater Kedah'.


"Tetapi jika perkara remeh (bekalan air) sebegini pun mereka tak dapat selesaikan, bagaimana hendak mentadbir negeri ke arah yang lebih baik," katanya ketika dihubungi.


Kelmarin, wakil KEADILAN yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang Adam Loh, meminta penjelasan daripada Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga Negeri mengenai perkembangan dua LRA yang sepatutnya siap sejak 2023.


Bagaimanapun, Exco Kedah Mohamad Yusoff@Munir Zakaria menjangkakan dua projek berkenaan hanya boleh disiapkan sepenuhnya pada tahun 2026.


Mengenai perkembangan pembinaan projek LRA yang amat perlahan berbanding capaian sepatutnya, Taufiq berkata intervensi Kerajaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengelakkan risiko kelewatan yang lebih buruk.


"Sanusi telah mengambil alih Kedah hampir dua penggal, kerajaan Kedah yang ditadbir oleh beliau perlu lebih giat dan proaktif mencari penyelesaian kepada isu yang sering menghantui rakyat.


"Saya menyarankan agar Sanusi dan seluruh Kerajaan Negeri dapat bekerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan dan jangan terlalu banyak berpolitik," ujarnya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah.


Untuk rekod, LRA Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau telah diberikan EOT (tempoh masa tanbahan) untuk disiapkan. Setakat ini telah dua kali tempoh lanjutan diberikan sejak 2023.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page