top of page

MB Sanusi akui ikhlas mohon maaf di hadapan PM Anwar



Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau ikhlas dalam ucapan kelmarin memohon maaf kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman, Jitra.


Menurut Sanusi, perbuatan memohon maaf atas sesuatu perkara merupakan sifat-sifat pemimpin yang berjiwa besar.


"Sama ada dari segi adat (ataupun) dari segi budaya, memang kita macam itu kan. Beliau (Anwar) tetamu kita yang datang tempat kita. Tentulah kita kena hormat.


"Menghormati tetamu wajib, Nabi (Muhammad) kata. Itu ada hadisnya. Jadi beramal dengan hadis, beramal dengan panduan-panduan Islam itu wajib," katanya dipetik Sinar Harian.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, hari ini.


Beliau juga berkata hal berkenaan merupakan watak sebenar dirinya dan tidak 'berlakon' dalam hal tersebut.


Pada Sabtu malam, Sanusi dalam ucapannya meminta maaf sekiranya telah memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia dalam berpolitik.


Sanusi berkata, beliau adalah manusia biasa yang tidak maksum dan permohonan maaf itu dibuat bagi pihak dirinya dan Kerajaan Kedah selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar dan atas kapasiti politik.


Sebelum ini, pemerhati politik berkata hubungan di antara Anwar dan Sanusi tegang berikutan sikap MB tersebut yang sering melemparkan kritikan keras ke atas kepimpinan PM dan Kerajaan Perpaduan.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page