top of page

‘MB Kedah tumpu pembangunan negeri, jangan asyik berpolitik’



Oleh: Abdullah Zaid


Status kemajuan pelaburan berskala besar Kerajaan Negeri Kedah yang diumum oleh Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menjadi tanda tanya kerana tiada perkembangan lanjut mengenai projek terbabit.


Antaranya, kata Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah Mohammad Fitri Ismail, status Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dilihat samar samar ekoran tiada diumum pelaburan baharu bagi merealisasikan pembinaan.


Begitu juga katanya mengenai pelaburan yang masuk, tidak dapat dijelaskan dengan peningkatan hasil kepada rakyat.

Mohammad Fitri Ismail

"MB Sanusi kata Kedah terima pelaburan asing lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain, sebenarnya perlu selari (pelaburan dan) hasil Kerajaan Negeri dengan janji yang dibawa itu.


"Sebagai contoh, projek mega KXP masih lagi tiada apa apa bayang pun perkembangan projek tersebut.


"Ia tidak termasuk fasiliti awam, contohnya projek pembinaan litar lumba (motorsikal) dan kemudahan Loji Rawatan Air yang sampai ke hari ini pun belum selesai," kata Fitri ketika dihubungi.


Tegas beliau, Kerajaan Negeri seharusnya mengambil contoh kejayaan Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan hasil pendapatan rakyat.


Antaranya kata Fitri, termasuk peningkatan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu, selain pengukuhan nilai ringgit ekoran peningkatan pelaburan asing ke dalam negara.


Kata beliau, retorik pengumuman projek baharu atau kemasukan pelabur tidak berguna sekiranya rakyat tidak melihat realiti yang dibayangkan.


"Setiap kali Perdana Menteri membuat siri lawatan ke luar negara pasti membawa hasil pelaburan dan dikongsi oleh semua pihak tanpa mengira mana-mana negeri.


"Cara begini yang sepatutnya dibuat Kerajaan Kedah, bukannya herdik dan menghentam (Kerajaan Perpaduan) tetapi tidak membawa hasil kepada rakyat," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Kerajaan Negeri di bawah MB Sanusi pernah mengumumkan pembinaan litar lumba motorsikal untuk golongan muda, pelaburan besar sektor pelancongan di langkawi pula melibatkan pelaburan kumpulan Widad Business Group (WBG).


Bagaimanapun semua projek berkenaan tidak lagi dibicarakan, seolah olah telah dilupakan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page