top of page

Mati syahid: Ustaz Amidi bidas kupasan UAI mengelirukan umat Islam



Oleh: Abdullah Zaid


Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang cuba membangkit seruan mati syahid dalam kalangan ahli parti politik walaupun berdepan dengan pemerintah (ulil amri), termasuk raja yang beragama Islam perlu diperhalusi agar tafsiran yang salah tidak mengelirukan rakyat.


Menurut Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, kenyataan tersebut seharusnya diteliti memandangkan konteks hujah yang dibawa oleh UAI itu boleh memecah belahkan masyarakat.


"Saya tidak pasti kenapa beliau memilih untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu. (Adakah) beliau mahu memperlihatkan raja-raja Melayu perlu ditentang kerana bersekongkol dengan kegiatan atau acara maksiat?


"Beliau juga menekankan jika perlu berhadapan dengan risiko kematian, maka ia akan berstatus mati syahid.


"Sungguh gelojoh dan gopoh pandangan yang sedemikian. Apakah kesalahan raja-raja Melayu sehingga perlu ditentang sampai ke peringkat itu?" tanyanya dalam kenyataan.


Amidi juga tertanya tanya sama ada penceramah itu mendakwa raja-raja Melayu telah sampai ke taraf kafir harbi sehingga perlu diperangi?


Katanya, hanya kematian dalam melawan puak kafir harbi sahaja yang akan mendapat ganjaran sebesar mati syahid dalam ajaran Islam.


Tegas Amidi, tidak timbul isu mati syahid melibatkan kerajaan Malaysia kerana pemerintahan raja raja Melayu tidak pernah memusuhi Islam sehingga perlu diperangi.


Sebaliknya, kata mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu, lipatan sejarah Melayu membuktikan hubungan akrab di antara raja dan ulama sudah lama terjalin sejak dari era Kesultanan Melaka lagi.


"Sultan Mansur Shah sendiri belajar ilmu tasawuf daripada Maulana Abu Bakar, di Terengganu, Tok Ku Paloh bersama Sultan Zainal Abidin mengembangkan Islam, apatah lagi di Selangor apabila Sultan Alaudin Sulaiman Shah sendiri adalah seorang ulama. Cuma yang berbeza adalah ulama-ulama ini bukanlah ulama Pas.


"Struktur pemerintahan kita sendiri yang melantik Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing, dengan dibantu dan dipandu oleh kelompok ulama yang mahir dan alim telah mengukuhkan ajaran Islam itu sendiri (buat sekian lama)," ujarnya lagi.


Baru-baru ini, UAI menerusi satu video dalam ceramahnya terkait soal politik menyeru diteruskan perjuangan biarpun berhadapan dengan ulil amri termasuk raja raja Melayu bagi menegakkan syiar Islam.


Kata Azhar, perjuangan itu adalah satu keperluan ekoran banyak anjuran program-program yang disifatkan sebagai maksiat selain mempunyai agenda tertentu yang cuba melalaikan umat Islam.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page