top of page

MATC Batang Lupar usul diadakan dialog wakil rakyat bersama penduduk



Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MITC) KEADILAN Batang Lupar, Sarawak yang diadakan kelmarin mengusulkan diadakan pertemuan lebih kerap antara wakil rakyat dan penduduk tempatan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh, satu sesi dialog untuk penduduk meluahkan rasa hati penting dianjurkan agar pihak wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen mahu pun ADUN dapat mengetahui keperluan sebenar rakyat di cabang tersebut.


"Saya menyeru supaya diadakan dialog antara wakil -wakil rakyat bersama penduduk. Di pihak kami, inshaAllah akan sedia menghulur bantuan dan kerjasama.


"Mufakat Demi Rakyat harus bermula dan harus dipupuk di semua peringkat. Masalah rakyat perlu dirungkai dengan rapi dan menyeluruh serta dileraikan sesegera yang mungkin sejajar dengan saranan Kerajaan Perpaduan serta usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Beliau berkata demikian selepas anggota dari DUN Lingga membangkitkan isu jalan raya menuju ke rumah-rumah yang masih belum sepenuhnya dibuat. Mereka juga membangkitkan isu bantuan nelayan yang tidak disalurkan sama rata dalam kalangan ahli ahli persatuan.


Wakil dari DUN Beting Maro pula membangkitkan isu bekalan elektrik luar bandar. Masih ramai penduduk Kampung Hulu Beladin misalnya belum menikmati kemudahan elektrik. Wakil wanita dari Pusa pula menyuarakan kegagalan mereka mendapat bantuan membaiki rumah, sedangkan telah dipohon.


Dalam mesyuarat tersebut juga dibangkitkan isu pembangunan infrastruktur seperti Jambatan Batang Lupar, Jambatan Sipinang, Jambatan Beladin Pusa dan Jambatan menghubungi Lingga Sebuyau yang kini sedang dalam pembinaan.


Mesyuarat juga menyokong langkah yang diambil oleh pentadbiran Datuk Seri Anwar untuk memerangi rasuah dan mewujudkan tatakelola baik.


"Demi kelangsungan pembangunan sempurna dan menepati standard keperluan rakyat, langkah yang telus mesti dilaksanakan disemua peringkat.


"Usaha Kerajaan Perpaduan memerangi rasuah perlu disokong. Badan kehakiman harus bebas dari sebarang pengaruh luar. Pihak SPRM dan PDRM juga harus bertindak wajar dan profesional. Ikan bilis dan jerung harus dijerat bersama," kata Abang Zulkifli.


MATC pada 17 September itu diadakan di perkarangan rumah kediaman Saudara Zulkifli Jaafar, Kampung Hulu Lingga


Ketua Wanita Cabang Suzailatur Akmar Mohd Desa turut berucap dalamm majlis berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page