Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Senator
Kandasami membidas dakwaan kononnya masyarakat India dipinggirkan dalam Belanjawan 2024.
Beliau berkata, dakwaan tersebut datang daripada pihak yang tidak membuat penilaian mendalam terhadap belanjawan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
Tegas Saraswathy, belanjawan tidak wajar dilihat melalui pengumuman semata-mata tanpa melihat secara keseluruhan kepada apa yang dibentangkan.
"Belanjawan tahun ini tidak boleh dilihat hanya berdasarkan inisiatif-inisiatif yang khas kepada masyarakat India sahaja.
"Ia perlu dilihat secara keseluruhan," kata Naib Presiden Parti KEADILAN itu dipetik.
Terdahulu, beberapa NGO dan aktivis masyarakat India menyatakan rasa kecewa dan mendakwa Belanjawan 2024 meminggirkan masyarakat tersebut.
Pengerusi Pertubuhan Rapat Aman Malaysia (Rapat) A Rajaretinam berkata peruntukan untuk sekolah Tamil dalam bajet ini tidak dinyatakan dengan jelas dan peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) tidak ditambah.
Menjawab tuduhan itu, Saraswathy menjelaskan bahawa masyarakat India turut akan mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif yang lain.
"Sebagai contoh, Belanjawan 2024 memperuntukkan RM44 bilion kepada Kuskop di bawah pelbagai inisiatif dan program.
"Ia bukan untuk kaum tertentu sahaja. Tetapi, kepada semua rakyat Malaysia yang layak menerimanya.
"Kementerian-kementerian yang lain turut memainkan peranan yang sama iaitu inisiatif dan program yang diumumkan adalah untuk semua kaum," tegasnya.
I strongly believe the Madani Government would not sideline the Indian community. Deputy President Puan Saraswathy have clerified that there are many other budgets that would be channeled to the Indian community. Let them do the good work for our community and restrain from being emotional.
Our Indian leaders are on the right tract, as seen of many new oppurtunities for Indian communities. Stay alert and benefits of the many oppurtunities given to us like never before.