top of page

Masyarakat India tidak diabaikan di bawah kerajaan MADANI



Kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan mana-mana kaum di negara ini termasuk masyarakat India seperti didakwa sesetengah pihak.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi masyarakat India pentadbirannya telah menyalurkan beberapa peruntukkan tambahan bagi membantu mereka.


Mengambil contoh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), kerajaan katanya telah menyalurkan peruntukkan RM100 juta, selain menambah beberapa dana seperti bantuan sejumlah RM50 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk membantu meningkatkan ekonomi komuniti itu.


"Kalau wakil masyarakat India cakap dengan saya, saya akan cuba selesaikan. Tengok ada orang kata MITRA (bermasalah) itu tidak betul, MITRA sahaja (kita beri) RM100 juta.


"TEKUN (untuk) peniaga kecil India macam mana… kita tambah RM50 juta, kemudian Amanah Ikhtiar dulu untuk orang-orang kampung yang miskin semua kita bantu, sekarang Amanah Ikhtiar pun kita tambah RM50 juta bagi masyarakat India, jadi tak betul kalau kata kita tak ambil tahu," katanya dipetik.


Anwar sebelumnya berucap pada Program Santai Bersama Komuniti India Parlimen Tambun di Ipoh pada Isnin.


Perdana Menteri berkata, langkah yang diambil kerajaan bagi membantu masyarakat India itu adalah hasil maklum balas dan perbincangan dengan rakan-rakan, Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil masyarakat India mengenai masalah dihadapi kaum itu.


Selain itu, katanya, pihak beliau juga telah meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyediakan peluang kepada anak-anak masyarakat India menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mula dilaksanakan tahun ini.


Anwar turut memberitahu, beliau turut mengarahkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya melatih lebih ramai guru bahasa Tamil bagi membolehkan pelajar-pelajar yang ingin mempelajari bahasa itu tidak mengalami sebarang masalah.


"Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu, tetapi anak Cina nak belajar bahasa Cina kita bagi peluang. Kita tak rugi, negeri kita untung kalau anak Malaysia (tahu bahasa) Tamil, Cina, dan Arab yang boleh menguntungkan negara," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page