top of page

Masyarakat India perlu rebut peluang disediakan kerajaan - Ramanan



Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat India di negara ini merebut peluang disediakan kerajaan bagi memajukan komuniti itu seiring proses pembangunan negara.


Melalui ucapan sempena sambutan Deepavali di laman Facebooknya, Ramanan berkata, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merencanakan pelbagai program pembangunan untuk semua kaum seiring dengan gagasan Malaysia MADANI.


"Masyarakat India perlu bersatu padu di bawah satu bumbung untuk memperkasakan dan memperkukuhkan lagi kuasa politik komuniti itu demi menjamin harapan dan masa depan, khususnya dalam meningkatkan lagi taraf sosioekonomi," katanya.


Melalui hantaran sama beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh turut menyeru rakyat bersama-sama memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum yang menjadi teras utama kekuatan dan kehebatan negara.

"Sempena perayaan Deepavali tahun ini, marilah kita bersama, bersatu dan berganding bahu antara satu sama lain untuk mara ke depan bagi memastikan masa depan yang lebih bermakna untuk kita semua seperti sifat cahaya yang menerangi," katanya.


Masyarakat beragama Hindu akan meraikan sambutan Deepavali pada Khamis.


Sementara itu Ramanan menyatakan iltizamnya untuk memastikan nasib masyarakat India terjamin dan terbela.


"Saya akan melakukan yang terbaik untuk anda semua. Saya memahami, mendalami dan dapat membaca perasaan hati masyarakat India di negara ini. Saya akan melakukan yang terbaik," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page