top of page

Masyarakat India perlu ambil peluang majukan diri - Kumaresan


ADUN Batu Uban, Kumaresan (dua dari kiri), menyerahkan bantuan perniagaan kepada salah seorang penerima
ADUN Batu Uban, Kumaresan (dua dari kiri), menyerahkan bantuan perniagaan kepada salah seorang penerima

Masyarakat India mendapat pembelaan penuh di bawah Kerajaan Madani dengan pelbagai bantuan galakan perniagaan diwujudkan serta mendapat pembiayaan yang besar.


Bagi ADUN Batu Uban, A Kumaresan, masyarakat India seharusnya mengambil kesempatan bergiat sebagai usahawan dengan latihan dan bantuan yang disediakan kerajaan.


"Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada usahawan India, dan orang India harus mengambil peluang ini untuk memajukan perniagaan mereka ke peringkat seterusnya," katanya.


Kumaresan berkata demikian sewaktu memberi ucapan di majlis penyerahan bantuan peralatan kepada hampir 89 peniaga kecil dan sederhana masyarakat India di bangunan Persatuan India Nibong Tebal, kelmarin.


Dalam majlis itu usahawan mereka menerima bantuan berupa bernilai maksimum RM5,000.


Sehubungan itu, Kumaresan merakamkan penghargaan atas sumbangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA P Prabakaran dan Presiden Dewan India Pulau Pinang, Datuk S. Partiban.


"Ini adalah salah satu program dan usaha Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk memastikan transformasi dan peningkatan sosioekonomi masyarakat India terlaksana.


"Terdapat juga beberapa program lain daripada kerajaan seperti bantuan kewangan dan geran yang telah disediakan kepada masyarakat India.


"Saya juga menghargai usaha Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri Ramanan yang telah merancang beberapa program di bawah kementeriannya, khusus untuk masyarakat India seperti Tekun Spumi, Bank Rakyat (Brief-i), SME Corp, dan Amanah Ikhtiar (PENN)," katanya lagi.


Inisiatif kelmarin adalah sebahagian daripada program MITRA dengan kerjasama Dewan Perniagaan India Pulau Pinang bagi membantu masyarakat India setempat menjalankan perniagaan kecil kecilan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page