top of page

Masyarakat antarabangsa perlu bertindak proaktif selesaikan krisis Myanmar



Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah proaktif dengan tidak sekadar beretorik dalam menyokong usaha diterajui ASEAN untuk menyelesaikan krisis di Myanmar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketika membuat gesaan itu pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-19 hari ini, Perdana Menteri juga mahu bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Myanmar.


"Tatkala ASEAN mengetuai usaha untuk menyelesaikan krisis di Myanmar, saya menggesa masyarakat antarabangsa untuk tidak sekadar beretorik, sebaliknya menyusulinya dengan tindakan proaktif bagi menyokong sokongan peranan ASEAN dan memberikan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan rakyat Myanmar," kata Anwar dalam hantaran di Facebook memaklumkan mengenai intipati ucapannya pada sidang kemuncak itu hari ini.


Perdana Menteri berkata beliau menggunakan platform EAS yang membabitkan 18 negara anggota untuk mempertegas komitmen Malaysia dan rakan-rakan negara ASEAN terhadap rantau yang aman dan stabil serta bebas daripada konflik, khususnya yang tercetus akibat pergeseran kuasa besar.


"Semua anggota ASEAN amat komited untuk memastikan bahawa rantau ini bebas daripada konflik dan ketegangan lain yang boleh menghalang usaha untuk mencapai keamanan dan kestabilan, terutamanya konflik yang berpunca daripada persaingan kuasa besar," katanya.


Anwar berkata Malaysia juga mendesak semua pihak menggunakan instrumen dialog dan tindakan yang selaras dengan perundangan antarabangsa seperti Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS 1982) untuk menyelesaikan pertikaian.


Selain itu beliau turut mengulangi desakan supaya masyarakat antarabangsa bersuara menuntut Israel menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi yang berterusan di Gaza.


"Pada masa sama, Malaysia tidak sama sekali menutup mata terhadap krisis di Ukraine. Malaysia tegas menolak sebarang tindakan keganasan dan pelanggaran integriti wilayah.


"Semua pihak perlu berusaha mencari penyelesaian menerusi dialog dan diplomasi selaras dengan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB," tegasnya.


Sidang Kemuncak EAS ke-19 diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan yang bermula pada 9 Oktober sehingga hari ini.


Pada majlis penutup hari ini, Laos selaku Pengerusi ASEAN sekarang secara simbolik akan menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia, menandakan permulaan tempoh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, berkuat kuasa 1 Jan 2025.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page