top of page

MASwings milik Sarawak: Tingkatkan peluang pekerjaan penduduk tempatan - Abun



Oleh: Akmal Manaf


Pemeteraian Perjanjian Jual Beli Kerajaan Sarawak dengan Malaysia Aviation Group (MAG) bagi memuktamadkan pengambilalihan MASwings, sekali gus menjenamakan syarikat penerbangan itu sebagai AirBorneo dipuji oleh wakil rakyat negeri Bumi Kenyalang itu.


Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit berkata, kejayaan pentadbiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Dr Johari Tun Openg dan Kerajaan Sarawak dalam pengambilalihan itu akan merancakkan lagi ekonomi Sarawak yang berkaitan dengan bidang penerbangan.


"Ini juga memudahkan rakyat Sarawak khususnya dan orang luar untuk bergerak di dalam negeri Sarawak


"Air Borneo akan terus bekerjasama dengan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk mendapat khidmat nasihat tentang penerbangan domestik


"Namun yang penting Air Borneo akan dapat membuka peluang pekerjaan untuk anak Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, untuk memperkukuhkan lagi bidang penerbangan di Sarawak, Abun mencadangkan Kerajaan Negeri memperkenalkan pendidikan pencuma pengajian tinggi (free tertiary education) diberikan kepada anak Sarawak terutama dalam bidang kemahiran atau TVET.


Selain itu, beliau turut menyarankan agar peluang pekerjaan dalam bidang penerbangan yang diwujudkan kelak membuka ruang kepada semua kaum di Sarawak dan rakyat Malaysia yang layak.


"Dengan adanya perkhidmatan AirBorneo, ia dapat merancakkan lagi ekonomi Sarawak seperti dalam bidang pelancongan


"Kalau Maswings pernah gunakan perkataan Iban, contohnya "Tabik Basa" dalam pengumumannya semasa mula berlepas menggunakan penerbangan itu kali ini diharap Air Borneo bukan setakat mengguna Bahasa Iban tetapi mengambil pekerja sama ada pilot, pramugara, pramugari dan ground staff dalam kalangan Iban dan Dayak yang lain,'' katanya.


Abun yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang berkata, langkah itu penting amat bagi membuktikan Sarawak mengamalkan dasar terbuka kepada pelbagai kaum dalam pemerintahannya.

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page