
Oleh: Akmal Manaf
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel hari ini menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan permulaan 'langkah pertama' iaitu Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI.
"11 tahun kami bersabar berunding. Alhamdulillah finally you made it Yang Amat Berhormat, you are the man!
''Untuk itu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kerana sokongan kepada kami, tetapi sokongan kepada umat Islam di kawasan ini.
"Dengan terbinanya masjid ini, Datuk Seri akan dikenang sampai bila-bila tanpa Datuk Seri we will not have this event," katanya dalam ucaptama majlis berkenaan yang diadakan di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah.
Menurut Mohamed Faroz, masjid empat tingkat itu boleh menampung 2,900 jemaah dengan reka bentuk moden, dilengkapi lif dan tangga bergerak.
Bukan itu sahaja, malah katanya terdapat taman berkonsep terbuka, dewan serbaguna dan ruang pejabat.
''Ia sekali gus menjadi pusat komuniti bagi masyarakat Islam sekitar serta menampilkan seni bina moden Islamik yang terbuka dan inklusif.
''Hari ini kita bersyukur kerana kita melihat langkah pertama ke arah pembinaannya, namun kita juga sedar bahawa projek ini tidak seperti yang kita lihat dan semudah itu tanpa iltizam, kesabaran dan kepimpinan yang konsisten.
''Bukan lagi rahsia bahawa usaha ini melalui pelbagai cabaran tetapi hari ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri, kita dapat melihat perubahan bukan sekadar janji tapi pelaksanaan,'' ujarnya lagi.
Semalam, Pengerusi Biro Guaman KEADILAN Malaysia, R Sivarasa turut memberi pujian kepada Kerajaan MADANI yang diterajui Anwar apabila dilihat telah menyelesaikan isu kuil dengan bijaksana dan saksama.
Beliau berpendapat, Anwar yang juga Presiden KEADILAN telah menyelesaikan isu berkenaan dengan cara yang dianggap terbaik berdasarkan keadaan semasa.
Comments