top of page

Masalah perumahan Generasi Kedua Felda bakal selesai



Masalah perumahan Generasi Kedua Felda yang sering kali dibicarakan sejak hampir sedekad lalu akan menemui penyelesaiannya pada era pemerintahan Kerajaan Madani.


Menurut Pengerusi Permodalan Risda Berhad, Datuk Lokman Noor Adam (gambar, berbaju biru gelap), pelbagai agensi dan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kini telah berpadu tenaga untuk menyiapkan projek perumahan generasi kedua berkenaan.


Katanya, dengan pendekatan terbaharu tersebut beliau lebih banyak rumah akan mampu disiapkan.


"Pagi ini saya hadiri Majlis Perasmian Rumah Generasi Kedua Felda Air Tawar Tiga, My Villa yang dimajukan oleh MyAngkasa Bina dengan Rakan Pemaju mereka Istrada yang dibiaya oleh Permodalan Risda Berhad.


"Majlis Perasmian rumah contoh disempurnakan oleh Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi," katanya di Facebook.


Lokman dalam catatannya turut memuji syarikat Istrada yang mampu membina rumah dengan pantas menggunkaan teknologi pembinaan terkini.


Sehubungan itu, beliau menjemput mana mana kontraktor yang memerlukan modal bagi menyiapkan projek projek kerajaan untuk menghubungi Permodalan Risda Berhad bagi mendapatkan pembiayaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page