top of page

MAPIM kecam tindakan pengecut Israel bunuh Ismail Haniyeh



Oleh: Azuan Ab Rahman


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengutuk keras tindakan pengecut rejim Zionis Israel membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tindakan dilakukan rejim itu sama sekali tidak akan mengurangkan semangat pejuang Hamas serta mereka yang turut serta dalam solidariti memperjuangkan kemerdekaan Palestin.


"Israel telah menghalalkan semua cara termasuk menyerang musuh di negara asing. Kini rejim Zionis bukan sahaja sedang bermusuhan dengan pelbagai negara malahan mendedahkan diri kepada tindak balas kumpulan yang tidak bersetuju dengan keganasan Israel.


"Dengan ini, kami menuntut pemimpin Islam dunia untuk tidak mendiamkan diri kerana sudah tiba masanya untuk Israel menerima hukuman yang keras terhadap jenayah dilakukan," ujarnya dalam kenyataan.


Media antarabangsa melaporkan, Haniyeh terbunuh dalam ‘serangan khianat zionis’ ke atas kediamannya di Tehran, Iran pada Rabu.


Haniyeh sebelum ini dilaporkan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran yang diadakan pada Selasa.


Jenazah Ismail Haniyeh dijangka akan dibawa ke Doha, Qatar selepas majlis penghormatan terakhir di Tehran yang dijadual pada Khamis sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.


Memetik portal Al Jazeera selepas majlis penghormatan terakhir berlangsung di ibu negara Iran itu, jenazah Ismail kemudian akan dikebumikan di ibu negara Qatar pada Jumaat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page