top of page

MAPIM gesa Mesir buka sempadan, mudahkan penduduk Gaza terima rawatan




Oleh: Azuan Ab Rahman


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa Kerajaan Mesir membuka sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan yang tersekat dapat disalurkan ke Gaza.


Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pembukaan itu juga perlu disusuli usaha mempermudahkan orang awam di Gaza yang cedera menyeberangi sempadan bagi mendapatkan rawatan tanpa dilengah-lengahkan.


"Kemasukan semua bantuan yang tersekat di Mesir mesti dipermudahkan serta rawatan perlu diberikan segera kepada orang awam Gaza.


"Kami berharap kesulitan yang membebankan mangsa-mangsa yang cedera harus dihilangkan. Kami menyeru kerajaan Mesir untuk bekerjasama rapat dengan agensi antarabangsa ke arah menamatkan sekatan ke atas Gaza," katanya menerusi kenyataan.


Mohd Azmi sementara itu menegaskan, tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza oleh Israel adalah terlalu berat untuk diabaikan oleh Mesir dan negara itu sangat tahu bahawa jiran mereka iaitu Gaza kini berada dalam operasi genosid oleh regim Israel.

Justeru, Mesir harus memainkan peranan penting dalam menamatkan kepungan di Gaza dan Israel tidak boleh dibenarkan untuk meneruskan sekatan ke atasnya.


Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, MAPIM menyokong keputusan kerajaan Mesir yang memihak kepada kes Afrika Selatan terhadap Israel atas dakwaan jenayah pembunuhan beramai-ramai.

"Masanya sudah tiba untuk Mesir meneliti semula hubungan diplomatiknya dengan Israel, memandangkan malapetaka besar ke atas manusia di Gaza dan dikelilingi oleh tentera Israel.


"Korban manusia dan kemusnahan di Gaza telah mengalihkan pandangan dunia terhadap Israel dan AS. Sokongan menyeluruh terhadap pencalonan Palestin sebagai ahli penuh PBB memacu tamparan hebat kepada kedudukan Israel di mata antarabangsa," tambahnya melalui kenyataan tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page