top of page

MAPIM gesa ketepi perbezaan politik, bersatu demi Palestin



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru semua parti politik mengetepikan perbezaan fahaman untuk bersatu menentang kezaliman rejim Israel dan negara Barat.


Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, isu Palestin bukan sekadar soal agama bahkan ia merupakan isu kemanusiaan sejagat yang menuntut keberanian dan ketegasan politik.


Justeru tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan membawa usul khas di Parlimen dengan kadar segera dengan mengisytiharkan Israel sebagai negara ‘apartheid’.


"Semua wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu bermuafakat menyokong usul khas menentang genosid Israel-Amerika Syarikat di Gaza, Tebing Barat dan Lebanon Selatan.


"Ini adalah langkah penting untuk membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia bertindak dan bukan sekadar bersuara," katanya menerusi ucapan di Himpunan Parti Politik Se-Malaysia bersama NGO Bersolidariti untuk Gaza Palestin, di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada Ahad.


Usul khas dicadangkan itu antara lain mengecam secara rasmi jenayah perang Israel dan sekutunya di peringkat antarabangsa, mendesak kerajaan menghantar nota bantahan rasmi kepada Majlis Keselamatan PBB, OIC, dan ASEAN.


Usul itu juga menggesa kerjasama lebih erat dengan negara-negara lantang menentang Israel seperti Turkiye, Iran, dan negara-negara Amerika Latin selain pemutusan hubungan dengan mana-mana syarikat dan entiti yang menyokong Israel.

Sementara itu tambah Mohd Azmi, perjuangan untuk memerdekakan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan dan pemimpin politik semata-mata.


Peranan organisasi masyarakat sivil (CSO) dan NGO seperti MAPIM, amat penting dalam menggerakkan rakyat.


Ia termasuk tanggungjawab media nasional dalam menyebarkan maklumat benar mengenai situasi Palestin bagi memastikan rakyat lebih peka dan bersatu dalam perjuangan ini.


"Sehubungan itu, MAPIM menggesa pemimpin politik bekerjasama dengan CSO dan NGO untuk menyusun strategi bersepadu dalam memperjuangkan hak Palestin.


"Setiap wakil rakyat Ahli Parlimen dan ADUN mesti menggembleng rakyat di kawasan masing-masing untuk menyatakan solidariti kepada perjuangan membebaskan Palestin.


"Rakyat juga perlu diberi ruang lebih luas untuk bersuara dan terlibat dalam perjuangan membela Palestin termasuk melalui himpunan aman, kempen boikot, dan tekanan diplomatik," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page